I'm sharing with you here a letter from a Chinese woman, who once lived in Indonesia in the late 1990s. She had witnessed the killing and raping of the Chinese ethnic by the Indonesians, who have had enough of the economic imbalance in the country.
The letter is published by a blog called ChristianUnited4Malaysia I have mentioned this blog before, in my previous writings.
The message is clear, that is, to not provoke the Muslims too far but what is funny is that, the blog itself is doing just that. It even use the name 'Allah' just to pick on the Muslims. Looks like the hypocrisy of the Evangelists has reached the highest possible level.
Anyway, this is a good reminder to all Christian-Chinese in Malaysia, and to the blog owner himself. For a full story and pictures, you may want to click here.
*******
Puan-puan dan tuan-tuan sekalian,
Apakah yang kita mahukan dalam kehidupan? Pada pandangan saya, kita semua hanya perlukan satu perkara sahaja. Kebahagiaan!
Di dunia dan dialam akan datang nanti kita semua ingin kan kebahagiaan.
Tetapi mampukah kita untuk mengecapi kehidupan sebagai seorang beriman yang patuh kepada tuhannya apabila kita terus menerus menentang sebuah kerajaan yang telah banyak memberikan kebaikkan kepada kita?
Saya rasakan ada kalanya tidak adil kita salahkan semuanya kepada kerajaan Barisan Nasional sahaja. Banyak bantuan dan kebaikkan yang telah diberikan oleh BN kepada kita. Walaupun mereka telah melakukan banyak juga kesalahan, tetapi dimanakah kita dapat kerajaan yang lebih baik? Ternyata tiada kan?
Saya pernah tinggal di Indonesia semasa tragedi Ambon sehinggalah pada tahun 1998 dimana tragedi rusuhan di Indonesia berlangsung dengan ganasnya. Sebilangan wanita kebanyakkan dari keturunan Cina dirogol dan dibunuh dengan kejam. Tanpa peri kemanusiaan. Polis dan Tentera tidak berbuat apa-apa pun, mereka hanya melihat dan ada yang ikut sekali. Bersyukurlah Malaysia ini diperintah oleh orang Melayu yang lembut tutur bicaranya, hatinya dan sifatnya.
Selama ini kita yang mengasingkan diri, sekarang pula bermacam perkara yang kita minta dari mereka. Tidak cukupkah apa yang kita sudah dapat. Kemewahan kita sudah melebihi dari segalanya. Tapi kita tekan lagi orang Melayu untuk membenci kita. Bahasa Malaysia pun tidak kita pelajari. Kita seolah-olah ingin berperang dengan orang Melayu. Atas dasar apa? Keegoan kita?
Saya orang tua, umur saya sudah cecah 56 tahun pada June 2014 ini. Saya amat kenal dengan bangsa Melayu. Mereka adalah sahabat, rakan dan menantu saya juga seorang perempuan Melayu. Berbuat baiklah dengan orang Melayu, karena jika kita bermusuhan dengan mereka, dan mereka sedar yang mereka telah ditipu, saya cadangkan orang yang telah provokasi orang Melayu itu siap-siapkan sajalah keranda. Orang Melayu adalah kawan yang baik, mereka susah untuk marah. Tapi kalau dah marah, hanya Tuhan sahaja yang dapat menahan mereka.
Saya pernah melihat amukan orang Melayu di depan mata saya semasa di Indonesia. Terus terang saya katakan, saya tidak mahu lihat lagi perkara tersebut. Hargailah orang Melayu kerana mereka telah menjadi jiran yang baik kepada kita disini.
Bersyukurlah kepada Yesus, bahawa kita berkerajaan yang baik dan sentiasa memastikan keselamatan terjaga. Janganlah kita terus bermusuhan dengan orang Muslim. Jangan ikutkan hati dan perasaan kita.
Setiap perkara yang kita katakan kepada dunia kita haruslah bertanya kepada diri kita sendiri "Apa yang Yesus akan lakukan?". Yesus akan berlaku adil dan kita perlu berlaku adil bagi mengikut perintahnya.
Maria Anthony Chin (56 years old)
Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
No comments:
Post a Comment